KENALI KUNYIT : KHASIAT DAN KEGUNAAN TRADISIONAL
MANFAAT KUNYIT 1. Anti Inflamasi (peradangan) Kandungan minyak volatile dalam kunyit telah menunjukkan aktiviti anti-inflamasi yang signifikan dalam pelbagai eksperimental dan penyelidikan. Malah lebih kuat dari minyak atsiri, hal ini kerana pigmen kuning atau oren dari kunyit yang disebut curcumin . Curcumin dianggap ejen farmakologis utama dalam kunyit. Dalam banyak penyelidikan, efek anti-inflamasi curcumin ini telah terbukti setanding ubat hydrocortisone dan fenilbutazon sebagai zat anti-inflamasi seperti Motrin. Berbeza dengan ubat-ubatan, yang berhubungan dengan efek toksik yang signifikan (pembentukan ulkus, penurunan jumlah sel darah putih, pendarahan usus), curcumin tidak menghasilkan toksik. 2. Rheumatoid Arthritis (keradangan sendi kronis) Kajian telah membuktikan bahawa curcumin dalam kunyit juga memberi efek antioksidan yang sangat kuat. Sebagai antioksidan, curcumin mampu meneutralkan radikal bebas, bahan kimia yang terdapat dalam tubuh d...