KENALI KUNYIT : KHASIAT DAN KEGUNAAN TRADISIONAL
MANFAAT KUNYIT
1. Anti Inflamasi (peradangan)
Kandungan minyak volatile dalam kunyit telah menunjukkan aktiviti anti-inflamasi yang signifikan dalam pelbagai eksperimental dan penyelidikan. Malah lebih kuat dari minyak atsiri, hal ini kerana pigmen kuning atau oren dari kunyit yang disebut curcumin. Curcumin dianggap ejen farmakologis utama dalam kunyit. Dalam banyak penyelidikan, efek anti-inflamasi curcumin ini telah terbukti setanding ubat hydrocortisone dan fenilbutazon sebagai zat anti-inflamasi seperti Motrin. Berbeza dengan ubat-ubatan, yang berhubungan dengan efek toksik yang signifikan (pembentukan ulkus, penurunan jumlah sel darah putih, pendarahan usus), curcumin tidak menghasilkan toksik.
2. Rheumatoid Arthritis (keradangan sendi kronis)
Kajian telah membuktikan bahawa curcumin dalam kunyit juga memberi efek antioksidan yang sangat kuat. Sebagai antioksidan, curcumin mampu meneutralkan radikal bebas, bahan kimia yang terdapat dalam tubuh dan menyebabkan berbagai kerosakan pada sel-sel sihat dan membran sel. Hal ini penting dalam banyak penyakit, salah satunya adalah radang sendi, di mana radikal bebas merupakan penyebab keradangan sendi yang menyakitkan dan kerosakan pada sendi.
Kandungan kunyit yang dapat memberikan efek antioksidan dan anti-inflamasi menjelaskan mengapa banyak orang dengan penyakit sendi terasa sangat lega ketika mengambil herbal ini. Dalam sebuah penyelidikan terbaru tentang pesakit dengan rheumatoid arthritis (peradangan sendi kronis), curcumin dibandingkan dengan fenilbutazon akan menghasilkan pembaikan yang sebanding dalam tempoh singkat seperti kaku pada pagi hari dan mengurangkan bengkak sendi.
3. Pencegahan Kanker
Kandungan antioksidan curcumin ini dapat melindungi sel-sel usus besar dari radikal bebas yang dapat merosak DNA. Proses ini sangat bermanfaat khususnya bagi usus besar yang mana pergantian sel cukup cepat, yang terjadi kira-kira setiap tiga hari.Kerana replikasi sel ini sering terjadi, mutasi DNA pada sel usus dapat menyebabkan pembentukan sel-sel kanser jauh lebih cepat. Curcumin juga membantu tubuh untuk menghancurkan sel-sel kanser, sehingga mereka tidak dapat menyebar ke seluruh tubuh yang dapat membuat kerosakan yang lebih parah.Cara utama curcumin melakukannya adalah dengan meningkatkan fungsi hati.
Mekanisme lain yang dilakukan oleh curcumin (zat pembentuk kuning/orange pada kunyit) yang dapat melindungi dari perkembangan kanser adalah dengan mencegah sintesis protein dianggap berperanan dalam pembentukan tumor dan mencegah perkembangan suplai darah tambahan yang diperlukan untuk pertumbuhan sel kanser. Kunyit lebih berfungsi dari pada manfaat daun serai dan mungkin sama dengan manfaat daun sirsak dalam membasmi kanser.
4. Meningkatkan Antioksidan
Kandungan curcumin merupakan salah satu antioksidan kuat yang dapat meneutralkan radikal bebas kerana struktur kimianya yang dimilikinya. Selain itu curcumin juga meningkatkan aktiviti enzim antioksidan di dalam tubuh sendiri. Dengan cara ini, curcumin memberikan perlawanan / membunuh radikal bebas.
5. Meningkatkan Fungsi Hati
Penyelidikan yang dilakukan dengan objek studi tikus yang dilakukan untuk mengevaluasi efek kunyit pada kemampuan hati untuk mendetoksifikasi xenobiotik (beracun) bahan kimia, kadar dua enzim detoksifikasi hati sangat penting (UDP glucuronyl transferase dan glutathione-S-transferase) secara signifikan meningkat pada tikus yang diberi makan kunyit dibandingkan dengan yang tidak. Para penyelidik berpendapat, “Hasil penelitian menunjukkan bahawa kunyit dapat meningkatkan sistem detoksifikasi selain sifat anti-oksidan”
Sumber: http://manfaat.co.id/manfaat-kunyit
.
Sami Direct Distributor
Whatsapp: +60169862639
Whatsapp: +60169862639
http://penawarkunyitterbaik.wasap.my/
COD service AVAILABLE: Kuala Terengganu | Kuala Nerus | Kuala Ibai | Marang
.
Instagram: https://www.instagram.com/penawarkunyitterbaik/
Facebook Page: https://www.facebook.com/penawarkunyitterbaik/
Blog: https://penawarkunyitcurcumin.blogspot.my
.
Instagram: https://www.instagram.com/penawarkunyitterbaik/
Facebook Page: https://www.facebook.com/penawarkunyitterbaik/
Blog: https://penawarkunyitcurcumin.blogspot.my
Sami Direct Distributor
ReplyDeleteWhatsapp: +60169862639
http://penawarkunyitterbaik.wasap.my/
COD service AVAILABLE: Kuala Terengganu | Kuala Nerus | Kuala Ibai | Marang
.
Instagram: https://www.instagram.com/penawarkunyitterbaik/
Facebook Page: https://www.facebook.com/penawarkunyitterbaik/
Blog: https://penawarkunyitcurcumin.blogspot.my